Selamat Datang ke blog DieHarD Legion...
Legion terhebat di server Tun Perak... Hehe...


DieharD Legion merupakan sekumpulan player-player Jin Online yang bersatu hati menempuh cabaran dan dugaan di dunia JO.

Mereka terdiri dari berbagai-bagai latar dan personaliti tergabung menjadi satu legion yang saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai impian masing-masing.

Together We Stand, Divided We Fall - Motto DieHarD Legion yg melambangkan ahli-ahlinya yg bersatu hati.


ALLSTARZ PLAYER

ALLSTARZ PLAYER

Chat Room


Undangan Majlis Perkahwinan

Di jemput semua keluarga Legion DieHarD datang la ke Majlis perhahwinan Cik. Tina (H3aRt) Pada Hari Ahad 15hb November 2009.

Kasih Ibu Kepada Anaknya

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

  1. Tolong pergi kedai RM4.00
  2. Tolong jaga adik RM4.00
  3. Tolong buang sampah RM1.00
  4. Tolong kemas bilik RM2.00
  5. Tolong siram bunga RM3.00
  6. Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

  1. Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
  2. Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
  3. Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
  4. Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
  5. Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya.

Terima Kasih Semua Kawan2 Yang Hadir


Ni la gambar Pengantin bersama Ahli yang hadir. Dari kiri dunkt(Adam), Freeze, -DeWa-, 50cent, dunkt(Din)

Rombakan Ahli Tertinggi DieHarD

Baru-baru ini legion kita telah melalui rombakan besar dikalangan ahli tertinggi. Berikutan hal itu telah terjadinya beberapa penurunan pangkat ahli-ahli legion dan penceraian ahli tertinggi iaitu antara saudara Freeze dan ErWeeN.


Pengorbanan besar telah dilakukan oleh ErWeeN demi memperkuatkan lagi legion dengan memberi laluan kepada 50cent untuk mengambil tempatnya sebagai Psg Ketua disamping mengosongkan tempat Naib untuk dipimpin saudara dunkt.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara ErWeeN diatas pengorbanan besar beliau yang tidak terhingga. Juga diucapkan terima kasih juga pada rakan seangkatan yang lain kerana turut berkorban pangkat demi memperkuatkan lagi Legion DieHarD yang tercinta. Syabas atas pengorbanan mereka semua.


Perceraian & Perkahwinan


Demi pengorbanan pada legion saudara ErWeeN telah berkorban kasih dan membuktikan kesetiaannya yang lebih pada legion dengan sanggup bercerai dengan saudara Freeze dan memberi laluan kepada 50cent berkahwin dengan Ketua Legion yang sangat dihormati itu. ErWeeN telah melepaskan jawatannya sebagai Psg Ketua dan kini telah bertugas sebagai Jeneral dan terus mempertahankan legion. 50cent pula telah dinaikkan pangkat kepada Psg Ketua dan berdiri disamping Ketua untuk bersama-sama memperkukuhkan lagi Legion DieHarD.

Peraturan-peratuan Legion DieHarD


Semua warga DieHarD diingatkan supaya mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh ahli lembaga pengarah yg berpengaruh di legion ini. Peraturan ini telah ditetapkan oleh Ketua kita iaitu Freeze dan dipersetujui oleh para-para Naib, Jeneral dan mana2 juga ahli yg dah lama menapak di Legion ini. Antara perkara-perkara yang berbangkit adalah :





  1. Tidak dibenarkan sama sekali ks boss ally kecuali musuh



  • Sekiranya pihak ally ks boss anda, diminta membuat aduan pada Naib atau Jeneral yang online ketika itu. Naib atau Jeneral dikehendaki membuat penyelidikan tentang perkara ini dan terus membuat aduan pada Ketua atau Naib yang online di pihak ally tersebut dan menunggu keputusan di sebelah pihak tadi.

2. Tidak dibenarkan pk ally kecuali musuh




  • Sekiranya anda di pk oleh pihak ally, anda juga dinasihatkan supaya membuat aduan terlebih dahulu sebelum membalas dendam. Ini lebih baik kerana ada persetujuan dari pihak ally (Green Light). Baru lah anda pk puas2 sampai hitam nama.

3. Tidak dibenarkan menggunakan bahasa kesat pada mod Legion



Sesiapa yang ingkar pada peraturan yang telah termaktub, pihak yang berkuasa boleh mengambil tindakan yang tegas pada ahli iaitu anda akan dipecat serta merta. Peraturan tambahan jugak akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini. Sekiranya anda ada cadangan untuk penambahan peraturan legion boleh mengemukakan pada Ahli-ahli yang bertugas. Sekian.


Tiada peraturan, tiada Legion. Peraturan dibuat untuk menjaga keamanan dan keharmonian setiap org. Menjaga tatatertib, tingkah-laku, adap dan sopan-santun perlu untuk kehidupan harian. Semua anda semua happy dengan keluarga anda. Legion ibarat sebuah keluarga yang besar. Ketua Ibarat Raja dan Psg. Ketua ibarat Permaisuri Raja.

Tahap terbaru legion


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Akhirnya yang dinanti-nanti telah tiba.
legion DieHarD yang kita sayangi telah meningkat ke tahap 10.
akhir usaha sama kita semua.


INFO MINDA

beolh tak adna bcaa parkatean aatu aayt ini?..klaau adna bleoh, nii brmkanea oatk adna jgua pleik..hnaya 50 drapidaa 100 oanrg ynag bleoh..syaa tdaik pryacea bhawaa syaa sbnaerynea bleoh bcaa ini..taleh dbiutkakn bwahaa oatk mnauisa tdaik mbaecma kselueruahn praktaean taepti hnyaa hruuuf id hpadaan dan id akihr shajaa..hruuf id hpadaan dan id akihr ynag prleu bdarea id tmapet ynag btuel..kaeadan hruuf lian tadik dmabil kria..dan wlaauupn bterauber, adna msiah dpaat mmaebca nya..dsayat kan? syaa salelau fkiir eaajn aladah ptneig!...
~BeASt~

berita baik..

berita baik dlm leg kite..
50 cent dr l3thal telah jd sebahagian dr kita..
leg kita semakin ari semakin ramai pemain kuat2 join..
dgn penyertaan mereka,
diharapkan legion kita akan jd yg paling terkuat dlm server tun perak..
selain itu,ahli2 leg yg setia tlh menubuhkan legion diehard
dlm server tun mahmud..
thanks guys!!
diehard will be the best!!






-aliceBaby-

Berita Terbaru


Together We Stand Divided We Fall.

Pada 20 Februari 2009, hasil dari kesepakatan kita semua, leg kita telah mencapai tahap baru dan semakin melangkah kehadapan. Tahniah kepada semua ahli Legion yang telah bertungkus lumus dalam mempertingkatkan nama legion supaya lebih dikenali diseluruh server Tun Perak.
Akhir kata, kita semua hendaklah bersatu padu dan berganding bahu membantu ahli legion yang lemah.

<2nd>