Selamat Datang ke blog DieHarD Legion...
Legion terhebat di server Tun Perak... Hehe...


DieharD Legion merupakan sekumpulan player-player Jin Online yang bersatu hati menempuh cabaran dan dugaan di dunia JO.

Mereka terdiri dari berbagai-bagai latar dan personaliti tergabung menjadi satu legion yang saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai impian masing-masing.

Together We Stand, Divided We Fall - Motto DieHarD Legion yg melambangkan ahli-ahlinya yg bersatu hati.


ALLSTARZ PLAYER

ALLSTARZ PLAYER

Chat Room


Peraturan-peratuan Legion DieHarD


Semua warga DieHarD diingatkan supaya mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh ahli lembaga pengarah yg berpengaruh di legion ini. Peraturan ini telah ditetapkan oleh Ketua kita iaitu Freeze dan dipersetujui oleh para-para Naib, Jeneral dan mana2 juga ahli yg dah lama menapak di Legion ini. Antara perkara-perkara yang berbangkit adalah :





  1. Tidak dibenarkan sama sekali ks boss ally kecuali musuh



  • Sekiranya pihak ally ks boss anda, diminta membuat aduan pada Naib atau Jeneral yang online ketika itu. Naib atau Jeneral dikehendaki membuat penyelidikan tentang perkara ini dan terus membuat aduan pada Ketua atau Naib yang online di pihak ally tersebut dan menunggu keputusan di sebelah pihak tadi.

2. Tidak dibenarkan pk ally kecuali musuh




  • Sekiranya anda di pk oleh pihak ally, anda juga dinasihatkan supaya membuat aduan terlebih dahulu sebelum membalas dendam. Ini lebih baik kerana ada persetujuan dari pihak ally (Green Light). Baru lah anda pk puas2 sampai hitam nama.

3. Tidak dibenarkan menggunakan bahasa kesat pada mod Legion



Sesiapa yang ingkar pada peraturan yang telah termaktub, pihak yang berkuasa boleh mengambil tindakan yang tegas pada ahli iaitu anda akan dipecat serta merta. Peraturan tambahan jugak akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini. Sekiranya anda ada cadangan untuk penambahan peraturan legion boleh mengemukakan pada Ahli-ahli yang bertugas. Sekian.


Tiada peraturan, tiada Legion. Peraturan dibuat untuk menjaga keamanan dan keharmonian setiap org. Menjaga tatatertib, tingkah-laku, adap dan sopan-santun perlu untuk kehidupan harian. Semua anda semua happy dengan keluarga anda. Legion ibarat sebuah keluarga yang besar. Ketua Ibarat Raja dan Psg. Ketua ibarat Permaisuri Raja.

No comments: